Tiada unsur ucapan politik ketika Fahmi berucap di masjid – Pegawai penyiasat

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang ucapan berunsur politik semasa Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berada dalam Masjid Nurul Yaqin, Kuang, Rawang, Selangor pada 2023.

Pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fiadhi Fadzil, 35, yang kini bertugas di Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang memaklumkan perkara itu kepada mahkamah bahawa seorang daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan telah meminta Fahmi untuk menjelaskan mengenai isu yang berlaku di Sepang, Selangor.

Menurut beliau, walaupun Fahmi menolak daripada berucap, namun AJK masjid tersebut mahu Fahmi menerangkan berkenaan pembatalan konsert kumpulan The 1975, selepas beliau selesai solat berjemaah di masjid itu.

“Pada mulanya, saya melihat pada video itu YB (Fahmi) telah menolak daripada bercakap apa-apa dalam masjid tersebut tetapi YB telah diserahkan mikrofon oleh AJK masjid tersebut.

“Sepanjang video yang saya lihat YB hanya menerangkan berkenaan pembatalan konsert tersebut dan kenapa beliau batalkan konsert, itu sahaja,” kata saksi sepina itu sebagai saksi plaintif.

Muhammad Fiadhi berkata demikian dalam pendengaran kes saman fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terhadap penceramah, Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Instagram pada 2023 di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Saksi itu turut mengakui bahawa hasil siasatannya mendapati tiada sebarang pertuduhan yang boleh dibuat terhadap plaintif (Fahmi) di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketika disoal peguam Mohamad Kamarulzaman Jusoh yang mewakili Ahmad Dusuki sama ada Muhammad Fiadhi bersetuju atau tidak siasatannya adalah menjurus kepada persoalan adakah Fahmi berucap dengan ucapan politik, saksi menjawab “Ya betul”.

Dalam pada itu, Muhammad Fiadhi turut bersetuju dengan cadangan Mohamad Kamarulzaman bahawa ucapan politik dan berucap adalah dua benda yang berbeza.

Saksi itu berkata, beliau telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diambil keterangan berhubung siasatannya terhadap kes terbabit.

Pada masa sama, Muhammad Fiadhi bersetuju bahawa tiada ucapan politik Fahmi ketika berucap di masjid berkenaan dan menjelaskan Fahmi hanya menjawab soalan diajukan AJK masjid tersebut meskipun beliau telah menolak beberapa kali untuk tidak bercakap dan berucap dalam masjid.

“Beliau tak nak berucap tetapi telah dipaksa dengan memberikan mikrofon kepadanya, jadi beliau tiada pilihan dan YB Fahmi menjelaskan mengapa beliau menghentikan konsert tersebut,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi.

Sementara itu, Ahmad Dusuki, 50, dalam pernyataan saksinya berkata beliau menegaskan bahawa penerbitan kenyataan tersebut tidak luas aksesnya dan sebarannya serta tidak memberikan kesan kepada reputasi plaintif.

Disoal peguam Fahri Azzat mengenai Ahmad Dusuki sebagai penceramah awam mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ketepatan apa-apa yang diterbitkan di akaun-akaun (Facebook dan Instagram), Ahmad Dusuki menjawab “ya, saya ada dosa dan pahala”.

Fahri: Saya katakan Encik Dusuki buat posting (hantaran) di akaun-akaun tersebut untuk mempengaruhi pemikiran pengikut anda? dan Ahmad Dusuki berkata tidak.

Ahmad Dusuki turut mengakui beliau tidak menghubungi plaintif atau pejabat plaintif sebelum membuat hantaran tersebut.

Beliau mengakui dalam keadaan sedar bahawa plaintif adalah seorang Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet namun tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau telah menyebabkan kerosakan kepada reputasi plaintif dan tidak memberikan apa-apa ganti rugi atau minta maaf.

Dalam prosiding pada Rabu, pihak plaintif dan defendan menutup kesnya dan mahkamah menetapkan 9 Julai untuk hujahan lisan.

Mahkamah juga meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan hujahan balasan masing-masing pada 20 Mei dan 18 Jun.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar