Ibu tunggal didakwa hina Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal yang menghantar komunikasi jelek antaranya menghina Sultan di Malaysia dan di Brunei – termasuk mengaku dirinya guru kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar – dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Nurul Huda Mohd Bajuri, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di TikTok ratunurutriratubalqis iaitu, ‘Saya adalah insan yang merupakan guru kepada Ketua Negara Malaysia Ke-17 iaitu Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mahmud Iskandar termasuk para Sultan di Malaysia’ dengan niat untuk mengganggu orang lain.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya di Instagram ratunurutriratubalqis.

Kedua-dua hantaran itu dibaca oleh seorang lelaki di sebuah pangsapuri Sri Larkin B, Jalan Tun Abdul Razak di sini, antara kira-kira jam 4 petang pada 27 Mac lepas, lapor Sinar Harian.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Pihak pendakwaan dikendalikan Mohamad Afdhallan Syafiq Azmi memohon jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan beserta dua penjamin warga tempatan.

Peguam Nurul Hidayah Mohammad Asri yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan, tertuduh merupakan seorang janda yang menanggung seorang anak berusia 16 tahun serta bekerja sebagai penasihat dengan pendapatan RM3,000.

Mohd Azhar kemudian menetapkan Nurul Huda diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Beliau turut mengenakan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan ke mahkamah jika ada, perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai selain turut menetapkan 8 Mei sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk remaja berumur 17 tahun ditahan di Taman Saujana di sini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan melalui aplikasi TikTok yang mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, institusi diraja Johor, Ketua Polis Johor dan Perdana Menteri.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor