RM32.31 juta perkukuh pendigitalan Sabah, pacu ekonomi inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat agenda pendigitalan sebagai pemacu utama pertumbuhan negeri, termasuk memperluas capaian di luar bandar, memperkukuh keupayaan digital serta merancakkan pembangunan ekonomi digital yang inklusif.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi tujuan itu sebanyak RM32.31 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahun ini.

“Daripada jumlah itu, RM9.59 juta disalurkan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), merangkumi pembekalan komputer serta rangkaian ICT kepada agensi kerajaan negeri, pengurusan pusat data, peningkatan keselamatan siber dan pembangunan sistem aplikasi kerajaan.

“Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), terus menjadikan pendigitalan sebagai teras utama pertumbuhan.

“Fokus diberikan kepada peluasan capaian digital di luar bandar, pengukuhan keupayaan digital serta pembangunan ekonomi digital yang inklusif, sejajar komitmen meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri,” katanya semasa pada Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baharu Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, peranan kesalinghubungan digital kini menjadi tunjang utama dalam menyokong komunikasi, memacu inovasi serta membuka ruang pertumbuhan merentasi pelbagai sektor.

“Pengukuhan infrastruktur digital menjadi antara faktor kritikal dalam memastikan kejayaan dan kemajuan Sabah, termasuk dalam menjayakan Hala Tuju SMJ 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“SMJ 2.0 adalah pelan strategik utama yang dirangka untuk melonjakkan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi Sabah secara mampan serta inklusif.

“Ia merupakan kesinambungan kepada SMJ 1.0 yang sebelum ini memberi tumpuan kepada pemulihan dan penstabilan pasca pandemik COVID-19, dan kini diperluas bagi menghadapi cabaran global yang semakin kompleks, termasuk dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan perdagangan rentas sempadan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan pemain industri seperti Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd amat penting bagi merapatkan jurang digital serta mempercepat pembangunan ekosistem digital negeri.

“Pembaharuan identiti korporat syarikat itu mencerminkan kesiapsiagaan untuk melangkah ke hadapan sebagai penyedia infrastruktur dan rakan strategik dalam membentuk masa depan digital Sabah.

“Celcom Timur Sabah telah membangunkan hampir 12,000 kilometer rangkaian gentian optik di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, sekali gus menjadi tulang belakang kepada hubungan antara daerah serta menyokong keperluan industri, khususnya sektor telekomunikasi.

“Rangkaian ini membolehkan perkhidmatan digital dinikmati secara lebih meluas, termasuk di kawasan yang sebelum ini kurang mendapat liputan.

“Peranan ini menjadikan Celcom Timur Sabah bukan sekadar penyedia infrastruktur, tetapi juga pemudah cara kepada pembangunan digital inklusif serta antara pemacu utama daya saing negeri dalam era digital,” jelasnya.

Tambah Hajiji, sumbangan syarikat itu turut terserlah melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif nasional seperti Jendela, Point of Presence (POP2) dan rangkaian 5G, dengan Celcom Timur Sabah bertindak sebagai penyedia utama rangkaian gentian optik di negeri ini.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama