Tiada sekatan guna MyKad nikmati subsidi BUDI95 jika ikut undang-undang – JPN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada larangan terhadap rakyat menggunakan kad pengenalan bagi menikmati subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi penggunaannya mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan yang timbul di media sosial berhubung dakwaan bahawa penggunaan kad pengenalan dalam kalangan ahli keluarga untuk memanfaatkan inisiatif BUDI95 boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kenyataan asal Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias pada Sabtu lalu berkaitan penyalahgunaan kad pengenalan sebenarnya merujuk kepada siasatan kes penggunaan empat MyKad oleh individu selain pemilik sahnya.

Menurut jabatan itu, tindakan tersebut diambil selaras dengan bidang kuasa JPN dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dokumen pengenalan diri.

“Dalam konteks kes yang dilaporkan, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyalahgunaan empat keping MyKad oleh seorang individu di Kelantan.

“Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bukan bertujuan menyekat mana-mana pihak daripada menikmati subsidi yang disediakan kerajaan.

“JPN juga akan terus komited memastikan MyKad yang dikeluarkan berfungsi dengan baik sebagai instrumen pengenalan diri yang sah dan diyakini, termasuk dalam menyokong pelaksanaan inisiatif kerajaan seperti BUDI95,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, JPN mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan memahami konteks sebenar sesuatu isu sebelum membuat sebarang tafsiran.

Pendekatan itu penting bagi memastikan perbincangan awam berkaitan sesuatu isu berlangsung secara lebih matang, berhemah serta berpandukan fakta.

Mengulas isu penyalahgunaan kad pengenalan termasuk dalam pelaksanaan BUDI95, JPN menjelaskan bahawa aspek penguatkuasaan berada di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi berkaitan.

Dalam masa sama, JPN menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan serta integriti sistem pendaftaran negara sentiasa terpelihara dan diyakini oleh rakyat.

“Orang ramai turut diseru agar menggunakan MyKad masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain bagi sebarang urusan, termasuk berkaitan pembelian bahan api bersubsidi bagi mengelakkan implikasi undang-undang serta risiko penyalahgunaan identiti,” katanya.

Terdahulu pada Sabtu, Badrul Hisham memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan terhadap individu yang ditahan kerana menyalahgunakan atau memiliki MyKad milik orang lain secara tidak sah bagi tujuan mendapatkan petrol dan diesel.

Beliau turut merujuk beberapa kes yang direkodkan, termasuk di Kelantan, membabitkan pemandu yang didapati memiliki kad pengenalan orang lain ketika membuat pembelian bahan api.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills