Kerajaan galak penjawat awam pakai baju batik tiap hari

PUTRAJAYA – Kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam.

“Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam surat edaran kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam.

Wan Ahmad Dahlan berkata, selain itu, Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai bertugas memakai baju korporat atau baju kerja lapangan pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas selaras dengan perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3.

“Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada Khamis… namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketat termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius.

Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat, selain menjadi antara pendekatan proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati