Trump kunci mulut jet AS ditembak jatuh Iran

WASHINGTON – Presiden Donald Trump bersikap membisu untuk menyatakan tindakan akan diambil Amerika Syarikat (AS) selepas seorang anggotanya membawa pesawat F-15 yang terpaksa melenting keluar selepas pesawatnya ditembak jatuh di ruang udara Iran,

Ketika pasukan Amerika Syarikat (AS) dan Israel giat mencari seorang kru pesawat F-15 yang terpaksa melenting keluar selepas pesawatnya ditembak jatuh di ruang udara Iran, Presiden Donald Trump masih belum bersedia untuk menyatakan tindakan yang akan diambil oleh AS jika anggota tenteranya yang hilang itu dicederakan.

Dalam satu temu bual telefon ringkas pada Jumaat bersama The Independent, presiden itu enggan menyatakan apakah langkah yang mungkin diambil sekiranya pasukan Iran menemui anggota udara yang terhempas itu.

Anggota tentera itu merupakan anggota tentera Amerika pertama ditembak jatuh di wilayah Iran pada Jumaat lalu. Ia berlaku sejak seorang juruterbang pesawat A-10 terpaksa melenting keluar di Iraq selepas pesawatnya terkena peluru berpandu darat ke udara pada April 2003, hanya beberapa minggu selepas bermulanya Operasi Pembebasan Iraq.

Ketika ditanya apakah tindakan beliau sekiranya juruterbang itu ditawan atau dicederakan oleh pihak Iran, Trump menjawab: “Baik, saya tidak boleh mengulas mengenainya kerana  kami berharap perkara itu tidak akan berlaku,” sebelum menamatkan panggilan tidak lama kemudian.

Perang itu tercetus lebih sebulan lalu susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei pada 28 Februari lalu.

Ia kemudian mencetuskan serangan balas yang menyebakkan konflik ke seluruh Asia Barat, menggoncang ekonomi global dan menjejaskan jutaan penduduk di seluruh dunia.

Markas Pusat AS  (CENTCOM) tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan komen mengenai kehilangan pesawat F-15 itu, namun Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata: “Presiden telah dimaklumkan.”

Trump memberitahu NBC bahawa kehilangan F-15 itu tidak akan menjejaskan rundingan dengan Iran, sambil berkata: “Tidak, sama sekali tidak. Tidak, ini perang.”

Jurucakap pemerintah operasi pusat tentera Iran berkata, sebuah pesawat pejuang musuh milik Amerika di ruang udara tengah Iran telah ditembak dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara canggih Pasukan Aeroangkasa Republik Islam Iran.

Seorang wartawan televisyen Iran di saluran rasmi tempatan berkata, sesiapa yang berjaya menangkap anggota kru pesawat itu dalam keadaan hidup akan menerima ganjaran lumayan.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000