UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital.

Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 pada Isnin malam.

Bagi kategori Penyelidikan dan Pembangunan, UNIMAS menang menerusi projek GeMAS: An Integrated Geo-AI Platform for Landslide Susceptibility Monitoring System, manakala kategori Teknologi Digital diraih menerusi Digital HEPA: Towards a Smart, Connected and Student-Centric Ecosystem. 

Projek GeMAS diketuai Profesor Madya Ir Dr Raudhah Ahmadi dan dibangunkan sebagai platform Geo-AI bagi menyokong pemantauan kerentanan tanah runtuh di Sarawak.

Sementara itu, inisiatif Digital HEPA yang diterajui Dr Edris Eden memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan pelajar menerusi ekosistem digital yang lebih pintar, berhubung dan berpusatkan pelajar.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan inovasi yang dibangunkan mampu memberi nilai tambah kepada komuniti.

“Dua pencapaian ini membuktikan bagaimana UNIMAS memacu transformasi digital, sama ada menerusi penyelidikan yang merespons keperluan Sarawak, mahupun melalui peningkatan berterusan dalam cara universiti memberikan perkhidmatan kepada para pelajarnya,” katanya.

Menurut beliau, hala tuju berkenaan turut menyokong aspirasi pembangunan negeri selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

DEA2026 menerima sebanyak 128 penyertaan tahun ini berbanding 116 penyertaan pada 2025, manakala 75 penyertaan diterima untuk penilaian peringkat pertama berbanding 70 pada edisi sebelumnya. 

Selain UNIMAS, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) turut meraih dua anugerah kategori menerusi SarawakPass dan Service Sarawak. 

Pengiktirafan tertinggi DEA2026, iaitu Anugerah Ekonomi Digital Premier, dianugerahkan kepada SCSDU menerusi inisiatif SarawakPass. 

DEA2026 dianjurkan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) bersempena IDECS 2026, yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober. Bernama sebelum ini melaporkan tujuh kategori dipertandingkan dalam edisi kali ini, termasuk Teknologi Digital serta Penyelidikan dan Pembangunan. 

Pada majlis penyampaian anugerah itu, Ahmad Hata dan Profesor Madya Ir Ts Dr Siti Kudnie Sahari yang mewakili Dr Edris hadir menerima pengiktirafan bagi pihak UNIMAS.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

SARATOK – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis di Saratok pada Isnin selepas disyaki terlibat dalam kes khianat dengan api di sebuah kedai serbaneka dekat Green Road, Kuching. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000