Semangat Segulai Sejalai satukan masyarakat Ngemah

KANOWIT – Semangat Segulai Sejalai terus menjadi teras perpaduan masyarakat di kawasan Ngemah apabila ia dizahirkan melalui pelbagai program yang menghimpunkan pemimpin dan rakyat dalam suasana harmoni serta penuh muafakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, YB Anyi Jana menegaskan bahawa konsep Segulai Sejalai bukan sekadar ungkapan semata-mata sebaliknya merupakan roh kekuatan masyarakat yang menjadi asas kepada kesepaduan dan keharmonian rakyat di kawasan tersebut.

Menurut beliau, nilai kebersamaan itu mencerminkan semangat berjalan seiring, sehaluan dan saling membantu tanpa mengira latar belakang sekali gus memperkukuh hubungan antara komuniti.

“Majlis seperti ini membuktikan bahawa semangat Segulai Sejalai masih hidup dan subur dalam jiwa rakyat. Inilah kekuatan sebenar yang perlu terus dipelihara,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Tokong Fung Chin Kung, Hulu Pedai, Kanowit pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh pencapaian membanggakan dalam sektor pendidikan apabila dua sekolah di kawasan berkenaan, SMK Sedaya dan SMK Nanga DAP berjaya mencatat peningkatan prestasi dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang baru diumumkan.

SMK Sedaya melakar kejayaan cemerlang dengan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 4.82, meningkat sebanyak 0.31 berbanding tahun sebelumnya. Lebih membanggakan, sebanyak 10 mata pelajaran di sekolah tersebut mencatat keputusan lulus 100 peratus. Pada masa yang sama, SMK Nanga DAP turut mencatat pencapaian gemilang dengan kelulusan 100 peratus serta Gred Purata Sekolah 4.52.

Tambahnya, kejayaan tersebut adalah hasil usaha gigih warga pendidik, sokongan berterusan ibu bapa serta dokongan padu daripada kepimpinan tempatan yang sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat terus berdiri teguh bersama kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Parti Rakyat Sarawak (PRS) demi memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

“Jangan kita berpecah atau goyah. Hanya dengan kestabilan dan kesetiaan kepada kepimpinan sedia ada, pembangunan dapat diteruskan dan dinikmati oleh generasi kini serta akan datang,” tegasnya lagi.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Perpaduan Negara, Stephen William; Pegawai Daerah Kanowit, En Cerisologo Sabut; penghulu-penghulu; kaunselor-kaunselor serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Related Posts

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

LIPIS – Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran kutipan RM150 juta mampu dicapai menjelang akhir tahun. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud meneruskan komitmennya menghargai kecemerlangan akademik apabila menganjurkan Anugerah Cemerlang Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Sepanggar bagi tahun keempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara