Kehilangan mekanisme tangani tekanan punca kematian Zara

KOTA KINABALU – Seorang pakar psikiatri forensik memaklumkan hasil autopsi psikologi mendapati kematian Allahyarhmah Zara Qairina Mahathir dipercayai akibat kehilangan mekanisme menangani tekanan seperti biasa pada malam kejadian.

Dr Chua Sze Hung, 43, dari Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu berkata, mangsa biasanya bergantung kepada mekanisme daya tindak seperti menulis diari dan sokongan rakan sebaya untuk menenangkan diri, namun pada malam kejadian, sokongan tersebut gagal diperoleh.

‎“Pada pandangan saya, ketika insiden berlaku, si mati menunjukkan dominasi faktor risiko mengakhiri nyawa sendiri berbanding faktor perlindungan. Ketidakseimbangan ini menjadikan beliau lebih terdedah kepada tindakan tersebut.

‎“Gabungan masalah sedia ada bersama peristiwa semasa dipercayai menjadi pencetus kepada tindakan terakhirnya.

‎”Ini menggambarkan kemungkinan perbuatan itu dilakukan untuk menamatkan penderitaan, dalam keadaan tekanan emosi yang amat berat, pertimbangan yang terganggu serta keupayaan mengawal diri yang semakin lemah.

‎”Ia bukan satu tindakan yang dirancang secara terperinci. Sehubungan itu, autopsi psikologi ini merumuskan bahawa cara kematian paling konsisten adalah bunuh diri,” jelasnya.

‎Menurut Chua, keterangan saksi lain turut mendedahkan suasana tegang di asrama pada malam berkenaan.

‎”Mangsa dilihat berjalan mundar-mandir berhampiran tandas dalam keadaan gelisah, sementara tiada rakan yang tampil menenangkannya.

‎”Seorang saksi kanak-kanak yang terakhir berinteraksi dengan Zara berkata, beliau sempat berbual dengan remaja itu sebelum melihatnya kembali ke bilik asrama dalam keadaan menangis,” kongsinya.

‎Tambahnya, kehilangan mekanisme sokongan sosial ini memberi impak besar terhadap kesejahteraan psikologi mangsa, sekaligus melemahkan kemampuan beliau untuk mengawal tekanan emosi.

‎“Konfrontasi itu adalah pencetus, tetapi bukan satu-satunya faktor. Ia berlaku dalam kombinasi dengan tekanan lain yang dialami Zara di persekitaran sosialnya.

‎”Saksi turut memaklumkan bahawa mangsa telah disoal siasat oleh beberapa pelajar senior berkaitan kes kehilangan barang di asrama beberapa hari sebelum kejadian.

‎”Situasi itu menimbulkan rasa takut dan tekanan mendalam, sehingga memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku Zara pada malam kejadian,” ujarnya.

‎Tragedi itu berakhir apabila pelajar Tingkatan Satu itu ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, pada awal pagi 16 Julai 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

‎Prosiding inkues pada Khamis itu, dikendalikan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan dijangka bersambung pada 17 April depan dengan keterangan saksi lain bagi merungkai punca sebenar kematian dan memberi gambaran lengkap tentang tekanan emosi yang dialami mangsa sebelum insiden tragik tersebut berlaku.

  • Related Posts

    Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

    ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

    KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

    Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

    Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

    Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

    Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

    Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

    PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

    PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

    Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

    Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

    Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

    Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka