Isu stok beras dibincang, kerajaan Sabah perketat pemantauan

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mempengerusikan mesyuarat sesi libat urus bagi membincangkan isu stok beras di kedai-kedai dan pasar raya di negeri ini di Wisma Pertanian, pada Khamis.

Jamawi berkata, mesyuarat berkenaan diadakan susulan masalah kekurangan pembekalan beras di kedai-kedai yang dilaporkan berlaku pada minggu lalu.

“Terdapat rakan-rakan wakil rakyat masih menghantar kekurangan beras melalui gambar dan video di kedai-kedai yang mereka kunjungi,” kongsinya.

Tambahnya, melalui mesyuarat tersebut, beliau mendapatkan gambaran sebenar situasi semasa serta mengenal pasti langkah yang boleh diambil bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Jadi inilah tujuan mesyuarat diadakan bagi melihat gambaran sebenar dan apakah yang kita boleh bantu dan dapat menyelesaikan masalah ini.

“Saya telah diarahkan oleh Ketua Menteri untuk memeriksa dan memastikan bekalan beras, khususnya Stok Penimbal (Stockpile), mencukupi bagi tempoh enam bulan.

“Dalam masa yang sama juga, Kabinet Negeri turut mengamanahkan Kementerian ini untuk memastikan keterjaminan makanan termasuk aspek kecukupan bekalan dan kawal selia beras melalui agensi kementerian, iaitu Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS),” kongsinya.

Bagaimanapun, Jamawi berkata, LPBS tidak mempunyai punca kuasa dari segi penguatkuasaan.

“LPBS tidak ada punca kuasa dalam penguatkuasaan, memantau sekiranya ada penyorokan, penyeludupan dan sebagainya.

“Walaupun begitu, pihak BERNAS dan Bahagian Kawal Selia masih memainkan peranan memantau stok serta keperluan berkaitan manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) menguatkuasa harga barangan dan pencatutan.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan berlakunya penyeludupan beras, isu kekurangan bekalan dan bekalan ghaib di pasaran,” jelasnya.

Jamawi berkata, sebagai langkah susulan, satu lagi pertemuan bersama pemain industri dan pembekal padi akan diadakan pada 7 April ini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialan Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jumain Abdul Ghani; Timbalan Setiausaha Tetap I, Awang Dzulkernain Awang Hassan; Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahirin; Ketua Operasi Pejabat Beras Corporation Sdn Bhd Sabah, Hervian Kirman; Timbalan Pengarah Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri Sabah, Rosman Shamsul; Pengarah LPBS, Datuk Dr. Ramle Kasin serta pegawai kementerian.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda