Kebajikan pekerja gig terjamin menerusi penguatkuasaan Akta 872

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang bermula pada Selasa membuktikan bahawa reformasi pekerjaan masa depan sedang berlangsung di bawah pentabiran Kerajaan MADANI.

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Masrizal Mahidin berkata, perkara itu selari dengan kepimpinan dan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam membina ekosistem pekerjaan yang lebih adil, inklusif dan berdaya tahan.

“Akta ini merupakan langkah bersejarah dalam mengiktiraf serta melindungi kebajikan pekerja gig.

“Undang-undang ini juga hasil daripada kerjasama dan solidariti berterusan komuniti pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing dan p-hailing di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Masrizal yang juga dikenali sebagai Jose Rizal berkata, Malaysia berpotensi menjadi contoh di peringkat Asia Tenggara dan global sekiranya pelaksanaan Akta 872 dilaksanakan dengan berkesan dan konsisten.

“GEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, atas pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 yang berkuat kuasa, pada Selasa.

“Marilah kita bersama-sama melakar masa depan pekerja gig yang lebih terbela, mampan, berinovasi dan berdaya saing,” katanya.

Terdahulu, Ramanan memaklumkan, Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang bertujuan melindungi pekerja gig secara komprehensif, telah berkuat kuasa mulai Selasa.

Beliau berkata, akta itu memberi manfaat kepada 1.64 juta individu yang terbabit dalam ekonomi gig di Malaysia melalui perlindungan hak pekerja, ketelusan perjanjian, mekanisme penyelesaian pertikaian yang jelas serta perlindungan keselamatan sosial.

Sebelum akta itu diluluskan Parlimen, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sudah mengadakan 37 siri Sesi Libat Urus membabitkan kira-kira 3,873 peserta daripada agensi kerajaan, kesatuan sekerja, persekutuan majikan, persatuan, penyedia platform, majikan, pekerja gig dan ahli akademik serta warga universiti.

Selain itu katanya, pandangan daripada semua pihak turut diambil kira termasuk ulasan daripada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Digital dan Kementerian Ekonomi.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin