Wan Rosdy rakam penghargaan, bangga pencapaian SPM Pahang

KUANTAN – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi negeri Pahang catat Gred Purata Negeri (GPN) 4.08 yang mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 adalah pencapaian membanggakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu adalah manifestasi kepada usaha berterusan, iltizam tinggi dan komitmen padu semua pihak dalam memastikan anak-anak Pahang mendapat pendidikan terbaik.

Secara keseluruhan, seramai 21,043 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 di negeri ini dengan 96.52 peratus calon berjaya memperoleh Layak Sijil, manakala seramai 671 calon pula berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

“Saya juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pencapaian luar biasa ditunjukkan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang yang berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60, selain Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang terus mengekalkan kecemerlangannya dengan GPS 1.06.

“Tahniah juga diucapkan kepada 12 buah sekolah yang mencatat sekurang-kurangnya GPS 2.30 dan daripada 12 sekolah tersebut tiga daripadanya mencatatkan GPS 2.00 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan; Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan,” katanya, lapor Malaysia Gazette .

Sekolah lain turut cemerlang antaranya Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan; Sekolah Menengah Agama Al Maarif, Kuantan; Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut dan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua calon SPM 2025, para guru, ibu bapa, pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Yayasan Pahang, serta semua pihak yang memainkan peranan besar dalam melakar kejayaan ini.

“Sesungguhnya, pencapaian ini tidak hadir secara kebetulan.

“Ia adalah hasil daripada usaha berterusan Kerajaan Pahang dalam memperkasa sektor pendidikan.

“Ini termasuk melalui pelbagai bentuk inisiatif, sokongan dan intervensi pendidikan seperti pemberian buku rujukan, buku latihan serta kit persekolahan, bagi memastikan anak-anak Pahang terus mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing,” katanya.

Kerajaan negeri juga, katanya, akan terus meletakkan pendidikan sebagai antara agenda utama pembangunan negeri, selaras dengan hasrat dan hala tuju Aspirasi Pahang 1st, kerana pendidikan adalah asas terpenting dalam membina masa depan negeri lebih gemilang.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen