SPM 2025: Dari gagal Matematik ke 10A, Haikal cipta kisah ‘zero to hero’

ARAU – Seorang pelajar yang pernah gagal Matematik hampir sepanjang persekolahan mencipta kejutan apabila meraih keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Muhammad Haikal Muhammad Helmi, 18, berkata, kelemahannya dalam subjek itu bermula sejak sekolah rendah dan berlarutan hingga ke peringkat menengah.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (Al-Maad) itu, dia tidak pernah lulus Matematik sejak tingkatan satu, malah gagal dalam peperiksaan percubaan SPM tahun lalu.

“Dalam percubaan SPM, saya gagal subjek tersebut walaupun keputusan mata pelajaran lain agak baik dengan 7A.

“Keadaan itu menyedarkan saya untuk berubah dan memperbaiki kelemahan diri,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan sebelum peperiksaan sebenar, dia mula menelaah semula Matematik secara konsisten dengan memberi tumpuan kepada pemahaman konsep asas serta memperbanyakkan latihan.

“Saya belajar semula dari awal, cuba faham setiap topik dan gandakan latihan sehingga semakin yakin.

“Alhamdulillah, usaha itu membuahkan hasil apabila saya berjaya memperoleh 10A dalam SPM 2025,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut mengamalkan rutin bangun seawal pukul 4 pagi untuk belajar di kantin sekolah kerana suasana yang tenang membantu meningkatkan fokus.

“Selain itu, saya juga mengamalkan solat tahajud dan bacaan al-Ma’thurat setiap hari untuk mendapatkan ketenangan dan kekuatan diri.

“Walaupun teringatkan ibu yang tidak sihat akibat masalah saraf, saya bersyukur dapat memberikan keputusan ini sebagai hadiah istimewa untuknya,” katanya.

Haikal berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selain bercita-cita menjadi seorang duta di luar negara.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau