Sabah bukan untuk dituntut, propaganda politik – Andi Suryady

TAWAU – Sabah bukan wilayah yang boleh dituntut sesuka hati, dijadikan bahan propaganda politik atau alat untuk menutup kelemahan dan masalah dalaman mana-mana pihak.

Demikian kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang mengecam tegas kenyataan Senator Robin Padilla yang secara terbuka menggesa agar tuntutan Filipina terhadap Sabah dihidupkan semula.

“Hakikat yang tidak boleh dipadam oleh mana-mana pihak ialah Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia yang sah, berdaulat dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

“Oleh itu, sebarang cubaan untuk mengungkit tuntutan lama yang telah lama ditolak oleh dunia adalah tindakan tidak berasas yang hanya menimbulkan ketegangan serantau,” katanya menerusi satu kenyataan media, baru-baru ini.

Tegas Suryady, kenyataan Padilla bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah merupakan satu provokasi yang jelas mencabar kedaulatan Malaysia serta menghina sensitiviti rakyat Sabah.

“Bantahan diplomatik yang jelas dan keras perlu disampaikan supaya mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kedaulatan Sabah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengambil pendirian yang lebih tegas dan tidak berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Suryady turut memberi amaran bahawa rakyat Sabah tidak akan berdiam diri jika kedaulatan negeri terus dipersoalkan.

“Sebagai Ahli Parlimen Kalabakan, saya berdiri teguh bersama seluruh rakyat Sabah untuk mempertahankan bumi ini daripada sebarang tuntutan yang tidak berasas.

“Sabah adalah milik Malaysia dan perkara ini tidak akan berubah hari ini, esok dan selama-lamanya,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus bersatu padu mempertahankan maruah wilayah ini.

Sebelum ini media melaporkan Padilla menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah, sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Padilla dilaporkan berkata, sudah tiba masanya Manila bertindak tegas bagi ‘menuntut hak’ yang didakwanya milik Filipina, termasuk cadangan menghantar wakil rasmi ke negara ini.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik