Industri sawit: Kerjasama kerajaan bersama korporat penting, perlu selari

MENTERI Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan lawatan kerja ke SD Guthrie Berhad di Pulau Carey sebagai platform penting mendalami secara menyeluruh rantaian industri minyak sawit negara.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, ia membuka ruang untuk melihat dengan lebih dekat keseluruhan ekosistem industri sawit, daripada sektor huluan sehingga ke peringkat hiliran.

“Lawatan ini membuka ruang untuk saya melihat dengan lebih dekat keseluruhan rantaian industri minyak sawit negara daripada sektor huluan sehinggalah ke peringkat hiliran,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Noraini berkata, program dimulakan dengan sesi pembentangan korporat oleh Pengarah Urusan Kumpulan SD Guthrie Berhad, Haris Mohd Arshad sebelum diteruskan dengan lawatan ke Makmal Innovation Centre Asia (ICA) bagi meninjau perkembangan terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri berkenaan.

Kemudiannya, lawatan turut diteruskan ke kawasan ladang, bagi menyaksikan demonstrasi operasi lapangan daripada aktiviti penuaian, kaedah pengangkutan hasil, pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP), sehinggalah penggunaan teknologi dron.

“Saya juga berpeluang meninjau fasiliti SD Guthrie International Biodiesel Sdn. Bhd. Melihat sendiri proses pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit yang menggunakan teknologi terkini dan menepati piawaian kemampanan memberi keyakinan bahawa industri ini berada di landasan yang tepat.

“Lawatan hari ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang kekuatan dan potensi industri sawit negara. Saya percaya, dengan kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri, kita mampu terus memperkukuh sektor ini demi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan MPOB.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi