Kurang cemerlang SPM, TVET jadi pilihan bina masa depan

KAJANG – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa, bukanlah pengakhiran bagi segelintir pelajar, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk mereka merancang masa depan melalui laluan kemahiran dan teknikal.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati, rata-rata pelajar yang tidak memperoleh keputusan cemerlang memilih untuk melihat arah tuju peluang baharu, termasuk menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Rata-rata lepasan SPM memaklumkan  mula membuka mata terhadap potensi bidang TVET, khususnya selepas melihat pelbagai usaha kerajaan dalam memperkasa bidang tersebut bagi memberi peluang pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik.

Bagi seorang lepasan SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abu Bakar Baginda, Muhd Akmal Baharudin, 18 mengakui berasa kecewa pada awalnya selepas melihat keputusan yang tidak seperti diharapkan.

“Memang sedih, tapi saya tak boleh terlalu lama kecewa. Saya anggap ini bukan penamat, sebaliknya peluang untuk saya cari jalan lain yang lebih sesuai dengan diri saya,” katanya ketika ditemui TMP, pada Selasa.

Muhd Akmal berkata, dia kini mempertimbangkan untuk menceburi bidang automotif di institusi TVET kerana lebih berminat dengan pembelajaran berbentuk praktikal.

Menurutnya, minat untuk menceburi bidang automotif mula timbul selepas melihat lebih banyak peluang dan pendedahan terhadap TVET yang kini semakin meluas.

“Saya nampak sekarang banyak usaha kerajaan galakkan TVET dan buka peluang pekerjaan. Saya jadi lebih yakin untuk pilih bidang ini sebab lebih kepada ‘hands-on’.

“Ramai juga masyarakat kita yang tidak berjaya masa SPM tapi akhirnya mereka berjaya membina kehidupan yang cemrlang. Saya yakin bidang kemahiran juga boleh beri masa depan yang baik, seperti yang pernah ,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nur Aisyah Zulkifli, 18, berkata keputusan yang diterima tidak mematahkan semangatnya, malah membuka ruang untuknya meneroka bidang yang selama ini diminati.

Beliau berpandangan, pendedahan mengenai kepentingan kemahiran serta sokongan kerajaan menjadikan laluan tersebut lebih diyakini.

“Saya memang tidak begitu kuat dalam akademik, tapi saya minat bidang kecantikan. Sekarang pun banyak kursus TVET untuk bidang ini.

“Saya rasa TVET sekarang bukan macam dulu. Ramai yang pandai remeh tapi sekarang ini banyak peluang dan diiktiraf. Itu buat saya lebih yakin untuk menceburi bidang kemahiran,” katanya.


Bagi seorang lagi pelajar, Nor Aisyah Najimuddin, 18, dia melihat keputusan SPM sebagai satu peringatan untuk mengenali potensi diri dengan lebih mendalam.

“Ramai ingat kalau tak cemerlang, masa depan gelap. Tapi sebenarnya masih banyak pilihan lain. Saya bercadang masuk bidang elektrik melalui TVET selepas keputusan yang saya peroleh tidak memberangsangkan,” katanya.

Menurutnya, inisiatif kerajaan dalam memperkasa pendidikan kemahiran memberi keyakinan kepada golongan sepertinya untuk membina kerjaya.

“Saya tengok sekarang banyak program, latihan dan peluang kerja untuk lepasan TVET. Itu buat saya rasa ini pilihan yang betul,” katanya.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

KUALA LUMPUR – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres AS yang menggesa Washington memberi tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman