Pas cakap lain, buat lain: Isu arak dedah politik retorik tanpa realiti

KETIKA Pas terus memainkan naratif moral dan agama dalam politik, rekod pentadbiran negeri-negeri yang diperintah parti itu sendiri mendedahkan realiti yang berbeza.

Isu pengharaman arak yang sering dijadikan modal politik pas terutama apabila berlaku kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk tetap hakikatnya ternyata pengharaman arak tidak dilaksanakan secara konsisten apabila Pas memegang kuasa.

Hakikatnya, negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas masih membenarkan penjualan arak, malah dalam beberapa keadaan dasar sedia ada terus dikekalkan tanpa perubahan.

Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Julai 2023 menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk mengharamkan arak di Langkawi walaupun negeri itu ditadbir Pas. Penjualan arak di pulau pelancongan tersebut diteruskan seperti biasa atas faktor ekonomi dan pelancongan.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa ketika berada dalam pentadbiran, Pas mengambil pendekatan pragmatik dan tidak melaksanakan pengharaman seperti yang sering dilaungkan dalam ceramah politik.

Situasi sama turut berlaku di Kelantan. Laporan media pada Januari 2011 menyatakan kerajaan negeri Kelantan bersedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak mengikut keperluan penduduk bukan Islam. Ini membuktikan bahawa walaupun Kelantan ditadbir Pas sejak sekian lama, arak masih dibenarkan dijual melalui saluran berlesen.

Di Terengganu pula, Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Jun 2020 turut mengesahkan bahawa penjualan arak kepada bukan Islam berjalan seperti biasa dan tiada perubahan dasar dibuat oleh kerajaan negeri.

Gabungan fakta ini menunjukkan bahawa di Kedah, Kelantan dan Terengganu, negeri-negeri yang diperintah Pas tidak mengharamkan arak secara menyeluruh seperti yang sering digambarkan dalam retorik politik mereka.

Persoalannya, jika Pas benar-benar serius mahu mengharamkan arak, mengapa perkara itu tidak dilaksanakan di negeri yang mereka tadbir?

Realitinya, Pas memahami bahawa pentadbiran negara dan negeri memerlukan pendekatan yang lebih praktikal serta mengambil kira kepelbagaian masyarakat. Namun dalam masa sama, isu agama terus dimainkan sebagai modal politik bagi meraih sokongan.

Pendekatan ini jelas memperlihatkan percanggahan antara retorik politik dan pelaksanaan sebenar pentadbiran.

Rakyat semakin matang menilai. Politik retorik semata-mata tanpa pelaksanaan sebenar tidak lagi mampu mengaburi mata rakyat. Yang diperlukan hari ini bukan slogan, tetapi pentadbiran yang konsisten, realistik dan berteraskan fakta.

Rakyat percaya politik matang harus berasaskan kejujuran dan konsistensi. Jika sesuatu dasar tidak mampu dilaksanakan, maka jangan dijadikan modal politik untuk meraih sokongan.

Kerana akhirnya, rakyat akan menilai bukan apa yang diucapkan, tetapi apa yang benar-benar dilaksanakan.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti