Saya tolong orang sebab fardu kifayah – Sultan Pahang

KUANTAN – “Saya tolong orang sebab fardu kifayah,” demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak betah berdiam diri, sebaliknya segera turun dari kenderaan untuk menghulurkan bantuan apabila terserempak dengan mangsa kemalangan.

Sikap prihatin itu bukan sekali dua, malah setiap kali terlihat kemalangan ketika dalam perjalanan, Baginda pasti berhenti dan turun membantu mangsa yang memerlukan pertolongan.

Melalui hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah berkongsi pertemuannya dengan salah seorang mangsa yang pernah dibantu.

“Tadi saya ada jumpa dengan salah seorang mangsa yang pernah dibantu. Ibu atau kakaknya tinggal di Bera. Namanya Faris Farhan, nampak sihat tetapi tangannya masih berbalut.

“Saya ingat bantu angkat dia ke dalam kereta polis dan hantar ke hospital. Masa itu dia menunggang motosikal dan melanggar kereta yang berhenti di tepi jalan, kereta dari Terengganu.

“Jadi bukan hanya Faris saya hantar ke hospital, malah pemandu kereta itu pun saya bantu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Saya tidak tahulah siapa yang salah atau siapa yang betul tetapi jika kita berjumpa orang kemalangan, berhentilah untuk melihat dan membantu kerana itu adalah fardu kifayah untuk sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan,” titah Baginda, seperti dilapor Sinar Harian.

Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad di Dewan Majlis Daerah Bera, semalam.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut bertitah bahawa penganjuran dan kehadiran ke rumah terbuka seharusnya berlangsung dengan niat yang baik.

“Jika kita berniat untuk menganjurkan atau hadir ke rumah terbuka bagi meningkatkan ukhuwah, tanpa berkempen dan memburuk-burukkan orang lain, ia akan menjadi ibadah untuk kita.

“Saya berterima kasih kepada semua pemimpin di setiap peringkat di negeri ini yang menjadikan Pahang sebagai negeri yang harmoni.

“Sebagai Raja di negeri ini, keharmonian yang saya mahukan dan berharap ia dapat terus dikekalkan sampai bila-bila,” titah Baginda.

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM