Penyasaran subsidi diesel berperingkat di Sabah, Sarawak dan Labuan sedang dirancang

SEJAK dari awal saya telah jelaskan, Malaysia kini dalam rasionalisasi subsidi bersasar. Subsidi diberikan mengikut keperluan kumpulan sasar.

Inilah reformasi yang PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim lakukan dalam pentadbiran beliau. Sesuatu yang tidak pernah ada mana-mana perdana menteri berani lakukan, kerana tidak ada ‘political will’ yang kuat demi negara.

PMX buat kerana ini perlu dan sangat penting demi kelangsungan fiskal negara ini.

Banyak cakap-cakap di luar sana yang mengatakan kerajaan ini tidak adil, Sabah Sarawak kekal dapat subsidi diesel, kemudian diapi-apikan pula oleh pembangkang. Semua itu sama sekali TIDAK TEPAT.

Sejak awal, kerajaan memang merancang untuk melaksanakan penyasaran subsidi secara berperingkat, bukan sekaligus. Sebab itu berlaku penyelarasan.

Sebenarnya, sekarang kerajaan sedang meneliti pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini diakui sendiri oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar, Sabah.

Kenapa tidak disekalikan penyelarasan bahan api dengan Semenanjung Malaysia?

Mari saya jelaskan, pendekatan berperingkat ini diambil kerana ketiga-tiga wilayah tersebut tertakluk kepada beberapa faktor:

  1. Kebergantungan tinggi kepada diesel

Di Borneo, diesel digunakan secara meluas bukan sahaja untuk kenderaan darat tetapi juga untuk pengangkutan laut. Selain itu, di kawasan luar bandar yang belum mempunyai bekalan elektrik stabil, diesel adalah nadi utama kehidupan masyarakat di sana.

  1. Faktor geografi yang mencabar

Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan pedalaman yang luas, berkali-kali ganda luasnya berbanding Semenanjung, tetapi akses jalan raya agak terhad di sesetengah kawasan hingga ada kawasan hanya boleh diakses melalui sungai atau laut.

  1. Jurang harga barang

Harga barang di Sabah dan Sarawak lebih mahal kerana kos penghantaran yang lebih tinggi, berlapis-lapis dan lebih jauh dari pusat pengedaran utama.

  1. Kos logistik tinggi

Sebahagian besar barangan dari Semenanjung ke Borneo dihantar melalui jalur laut, kemudian melalui jalan darat sebelum sampai ke kawasan pedalaman. Setiap lapisan peringkat logisitik menggunakan diesel, menyebabkan kos keseluruhan menjadi lebih tinggi.

  1. Kebergantungan tinggi kepada import

Pelbagai barangan keperluan di Borneo masih bergantung kepada barangan dari Semenanjung Malaysia dan import dari luar negara yang nadi penggerakknya utamanya ialah diesel.

Kalau orang-orang di Borneo boleh bersabar dengan ‘penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, kecuali Sabah & Sarawak’, mengapa kita di Semenanjung tidak boleh meraikan sedikit kelebihan mereka pada hari ini?

Lagi pun, subsidi diesel di sana pun pasti akan diselaraskan, cuma masih dalam proses sebelum dimuktamadkan.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi