Rumah Perakku jadi tumpuan, tampung lonjakan permintaan perumahan hab automotif Selatan Perak

TANJUNG MALIM – Inisiatif Rumah Perakku muncul sebagai isu utama dalam usaha kerajaan negeri menangani lonjakan permintaan kediaman di daerah Muallim dan Batang Padang susulan pembangunan pesat kawasan itu sebagai hab automotif negara.

Perkembangan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) serta kehadiran kilang Proton dan BYD dijangka menarik kemasukan tenaga kerja dan usahawan dalam skala besar, sekali gus mewujudkan keperluan mendesak terhadap penyediaan perumahan mampu milik yang mencukupi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah digerakkan bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi merangka pelan pembangunan perumahan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Menurutnya, pendekatan proaktif melalui projek Rumah Perakku amat penting bagi memastikan keperluan kediaman dapat dipenuhi lebih awal sebelum tekanan permintaan meningkat secara mendadak.

“Apabila Selatan Perak berkembang sebagai hab automotif, kita menjangkakan kemasukan penduduk baharu sama ada untuk bekerja atau berniaga. Justeru, penyediaan rumah perlu dilaksanakan lebih awal dan terancang.

“Jika kita bertindak lewat, kos pembinaan akan meningkat dan memberi kesan kepada kemampuan rakyat untuk memiliki rumah,” katanya selepas merasmikan Projek Perumahan Perakku Kota Malim Prima @ Tanjung Malim di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sebanyak 383 unit Rumah Perakku dibangunkan di Kota Malim Prima melibatkan dua fasa di atas tanah seluas 14.74 hektar.

Fasa pertama merangkumi 199 unit rumah terdiri daripada Rumah Perakku I, II dan III dengan harga antara RM90,000 hingga RM250,000, manakala fasa kedua melibatkan 141 unit rumah teres setingkat serta 43 unit rumah harga terbuka.

Projek ini turut dilihat strategik kerana lokasinya yang berhampiran Proton City dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, sekali gus meningkatkan nilai dan daya tarikan kawasan sebagai penempatan pilihan.

Kerajaan negeri optimis bahawa pelaksanaan Rumah Perakku secara agresif akan menjadi pemacu utama dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menyediakan akses kepada perumahan berkualiti dan mampu milik di kawasan pertumbuhan baharu.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang