Kawalan ketat halang ketirisan bahan bakar di sempadan susulan kesan geopolitik dunia

KANGAR – Kawalan ketat di sempadan negara terus diperkukuh bagi mengekang ketirisan bahan bakar susulan kesan krisis geopolitik dunia yang mencetuskan peningkatan permintaan di negara jiran.

Pasukan Gerakan Am Briged Utara akan terus memperhebat rondaan dan pengawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi memastikan aktiviti ketirisan bahan bakar dapat dibendung secara berterusan.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, operasi bersepadu dilaksanakan secara agresif melalui Op Taring Bravo 1 dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras.

“Dalam operasi pada 26 Mac lalu, kita berjaya menahan tiga lelaki warga Thailand berumur antara 22 hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran.

“Pemeriksaan ke atas tiga kenderaan tersebut mendapati tangki telah diubah suai bagi menyimpan bahan api dalam kuantiti besar untuk tujuan penyeludupan,” katanya.

Menurut beliau, kesemua tangkapan dan rampasan dibuat di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran laluan masuk ke ICQS Padang Besar-Thailand yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi.

Katanya, modus operandi sindiket adalah dengan memasuki Malaysia untuk mengisi petrol dan diesel sebelum membawa keluar bahan tersebut menggunakan tangki tambahan yang diubah suai pada kenderaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kenderaan jenis sedan membawa kira-kira 150 liter petrol, manakala dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda masing-masing mengandungi 140 liter dan 120 liter diesel.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM217,015.70,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan aktiviti penyeludupan itu didorong oleh harga bahan api yang lebih murah di Malaysia selain kekurangan bekalan di negara jiran susulan krisis geopolitik semasa.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 8(4)(a) Akta 122, manakala Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik turut mengeluarkan saman terhadap suspek kerana mengubah suai struktur kenderaan.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah rentas sempadan itu.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang