Air laut dijadikan alternatif baharu sumber minuman

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang giat membangunkan teknologi penyahgaraman air laut bagi membolehkan penggunaannya untuk minuman dan industri, khususnya di kawasan pulau terpencil dan komuniti terpinggir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif itu penting bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air susulan kebergantungan tinggi negara terhadap sumber sungai yang terdedah kepada pencemaran dan kemarau.

Menurut beliau, langkah menaik taraf kolam takungan pelbagai fungsi menggunakan sumber air permukaan dan hujan selain mendalamkan dasar sungai di seluruh negara dilaksanakan dalam menjadi antara langkah utama untuk mencari sumber air alternatif.

“Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kini giat meneroka sumber air alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan kepada pengguna.

“Usaha ini termasuklah menaik taraf kolam takungan pelbagai fungsi dari sumber air permukaan dan air hujan, mendalamkan takungan dasar sungai dan melaksanakan pemetaan sumber air tanah di seluruh negara.

“Selain itu, penyelidikan teknologi disalinasi atau penyahgaraman bagi penggunaan air laut untuk kegunaan minuman dan industri juga dilaksanakan dengan memberi tumpuan di kawasan pulau terpencil dan komuniti terpinggir,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Pada masa ini, katanya, produk minuman air hujan terawat berbungkus NAHRIM iaitu PETRAN RAINDROPS dan CLOUDRAIN sudah bersedia ke pasaran melalui pengkomersialan.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Makmal Forensik Pencemaran Air kini dilengkapkan dengan dengan peralatan analisis bahan cemar baharu dan penjujukan genom mikrobiologi sehingga 200 parameter bagi memastikan kualiti sumber air terpelihara.

“Sumber air permukaan semakin terdedah kepada pencemaran daripada sisa perbandaran, industri dan domestik, termasuk ancaman bahan cemar baharu dan mikroplastik yang sukar dikesan melalui kaedah konvensional. NAHRIM turut menerajui aplikasi kecerdasan buatan dan data raya untuk memperkasa usaha pemantauan sumber air secara masa nyata.

“Melalui sistem Kecerdasan Buatan Penarafan Sungai bagi Keselamatan, Kesesuaian dan Kelestarian (AIR3S) yang dibangunkan secara tempatan, tindakan penguatkuasaan dan mitigasi dapat dilaksanakan dengan lebih pantas sebelum pencemaran menjadi kritikal,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata, pihaknya melalui NAHRIM turut memulakan pendekatan saintifik bagi menangani masalah banjir dengan penubuhan Pasukan Forensik Banjir Malaysia (FORBiM) sejak akhir 2025.

“Sebagai permulaan, pasukan FORBiM Kuala Lumpur menjalankan forensik berasaskan data dan bukti saintifik untuk menyiasat punca sebenar kejadian banjir.

“Selain itu, menilai keupayaan infrastruktur sedia ada serta membolehkan strategi tebatan banjir yang lebih inovatif termasuk aspek pemantauan dan penyelenggaraan yang lebih efisien.

“Pengurusan banjir diperkukuh melalui teknologi simpanan air lebihan secara takungan dasar sungai, pendekatan berasaskan semula jadi dan kolam takungan pelbagai fungsi,” katanya.

Menurut beliau, beberapa langkah dibangunkan bagi mengurangkan impak banjir kepada komuniti seperti PETRAN Tembok Penahan Banjir Automatik dan PETRAN Dinding Tebatan Banjir Mudah Alih.

“Dalam usaha pemuliharaan pantai, NAHRIM memulakan penyelidikan Forensik Pantai bagi menilai keberkesanan sistem perlindungan terhadap hakisan dan limpahan air laut.

“Melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), aplikasi pemodelan fizikal digunakan bagi menyediakan cadangan penyelesaian berdasarkan verifikasi dan reka bentuk optimum sebelum pembinaan sebenar dilaksanakan,” katanya. 

Related Posts

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran