Cuaca panas, kubur lama di Empangan Pedu kini ‘menjelma’ semula

PADANG TERAP – Cuaca panas berpanjangan dan kemarau menyebabkan paras air di Empangan Pedu, Padang Terap, Kedah menyusut sehingga menampakkan kubur lama yang sebelum ini tenggelam.

Seorang penduduk, Zulkifli Azmi, 35, berkata, keadaan itu disedari ketika dia ke tasik berkenaan bagi mengalihkan bot miliknya ke kawasan lebih tinggi.

Menurutnya, tujuan utama ke lokasi tersebut adalah untuk mengelakkan bot dihanyutkan sekiranya paras air kembali meningkat susulan hujan.

“Ketika saya ke sana, saya nampak kubur-kubur lama, pokok dan bot yang tenggelam sebelum ini memandangkan paras air di kawasan tasik berkenaan telah menyusut.

“Biasanya tasik ini akan kering dan menampakkan kawasan lama termasuk kubur setiap empat tahun sekali, namun kebelakangan ini fenomena itu berlaku lebih kerap iaitu sekitar dua tahun sekali,” katanya.

Sebelum ini, video keadaan kubur lama timbul yang dikongsikan Zulkifli menerusi akaun Tik Tok miliknya atas nama @jun19910 meraih 89,400 tontonan dengan 1,233 tanda suka.

Menurutnya, perubahan cuaca panas yang lebih panjang dipercayai menjadi faktor utama paras air tasik surut lebih cepat berbanding kebiasaan.

“Kalau sebelum ini air mula surut sekitar Januari atau Februari, tetapi kali ini seawal Disember sudah nampak kesan kekeringan,” ujarnya lagi.

“Pada mulanya tiada orang, tetapi selepas video dikongsi, semakin ramai yang datang untuk melihat sendiri keadaan tasik yang kering dan kubur yang timbul,” kongsinya lagi.

Tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah berada di dasar di Tasik Pedu yang dianggarkan berusia hampir 100 tahun pernah timbul pada 2020 dan 2024.

Related Posts

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

KLANG – Seekor anjing yang menjadi perbalahan antara sekumpulan lelaki dengan seorang penduduk yang mahu melepaskan haiwan itu selepas ditangkap dalam operasi menangkap anjing liar di Kampung Teluk Gedung Indah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony