7 kawasan berada pada Tahap 2, dalam gelombang haba selama tiga hari

ALOR SETAR – Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) apabila mencatatkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kawasan yang terlibat merangkumi seluruh negeri Perlis, lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling, serta Hulu Perak di Perak.

“Sementara itu, sebanyak 13 kawasan lain di Semenanjung pula dilaporkan berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama,” lapor METMalaysia.

Kawasan Tahap 1 tersebut melibatkan tujuh daerah di Kedah iaitu Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat adalah kawasan Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang), manakala di Perak melibatkan Kinta, Kuala Kangsar serta Perak Tengah dan Jerantut (Pahang).

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di laman web rasmi METMalaysia bagi langkah berjaga-jaga.

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak