Warga emas 85 tahun maut dirempuh van di Pan Borneo

SARATOK – Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun maut selepas dirempuh sebuah van dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 402.4 Lebuh Raya Pan Borneo Saratok-Sarikei pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.45 pagi apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki berusia 77 tahun dalam perjalanan dari Saratok ke Sarikei terlibat.

Siasatan awal mendapati van tersebut yang membawa muatan sayur-sayuran sedang bergerak di lorong kiri jalan ketika mangsa dipercayai cuba melintas secara tiba-tiba dari pembahagi jalan (divider) menuju ke bahu kiri jalan.

“Pemandu van cuba mengelak mangsa, namun jarak terlalu dekat menyebabkan wanita berkenaan gagal diselamatkan dan dirempuh,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Kenderaan terlibat pula mengalami kerosakan termasuk cermin hadapan pecah dan bumper hadapan sebelah kanan rosak.

Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk urusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Related Posts

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pandangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung keperluan memastikan manfaat pertumbuhan industri pelancongan, khususnya di Semporna, dapat dinikmati secara lebih meluas oleh rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun