38 kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu

BINTANGOR – Sebanyak 38 kenderaan diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi itu dijalankan bagi mengekang aktiviti jenayah di kawasan tumpuan sekitar daerah ini.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh motosikal, 14 kereta, 10 kenderaan jenis van dan pacuan empat roda serta tujuh lori telah diperiksa. Seramai 52 individu, terdiri daripada 32 lelaki dan 20 wanita turut diperiksa,” katanya.

Tambah beliau, operasi memberi tumpuan kepada beberapa lokasi berisiko termasuk Jalan Kelupu, Jalan KJD, Jalan Bakong, Jalan Kilang, Taman Bintang, Taman Alomara, Jalan Tulai, Taman Paris Height, Taman Vynyrd Residen, Kampung Melayu dan Tanjung Genting.

Operasi yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu turut melibatkan sekatan jalan raya (SJR) di simpang Jalan Kelupu dan Jalan Bakong bagi memantau pergerakan keluar masuk ke kawasan Bintangor.

“Hasil operasi ini, pihak polis telah mengeluarkan lima saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Tiada tangkapan atau rampasan direkodkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Beliau menegaskan, operasi bersepadu seperti ini dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan serta mencegah jenayah termasuk kecurian, dadah, judi dan maksiat di Daerah Meradong.

Seramai 11 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi tersebut.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu