‎Sabah, Sarawak kekal nikmati subsidi diesel RM2.15 seliter

KOTA KINABALU – Rakyat di Sabah dan Sarawak terus mengekalkan akses kepada diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter dengan kawalan penggunaan tertentu, sebagai langkah Kerajaan MADANI melindungi kos sara hidup dan aktiviti ekonomi setempat.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan berkenaan dibuat mengambil kira ketidaktentuan harga tenaga global, kos logistik yang tinggi serta cabaran geografi dan infrastruktur unik di Sabah dan Sarawak.

‎”Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan beberapa langkah berkaitan penstrukturan subsidi bahan api dalam menghadapi ketidaktentuan harga tenaga global serta keperluan pengurusan fiskal negara yang lebih mampan.

‎”Dalam konteks ini, rakyat di Sabah dan Sarawak masih mengekalkan akses kepada diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter dengan kadar penggunaan terkawal, di samping pelaksanaan inisiatif seperti BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter dengan had 200 liter sebulan.

‎”Langkah ini hadir dalam keadaan di mana kos sara hidup dan kos logistik di Sabah dan Sarawak kekal tinggi berikutan faktor geografi dan cabaran infrastruktur. Justeru, sebarang perubahan dasar berkaitan bahan api memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat serta aktiviti ekonomi setempat,” ujarnya.

‎Menurut Mustapha, keputusan berkenaan adalah bukti jelas bahawa Kerajaan MADANI sentiasa mendengar denyut nadi rakyat di Borneo.

‎”Keunikan geografi, kos logistik dan cabaran pembangunan di Sabah dan Sarawak diambil kira secara serius dalam setiap keputusan dasar nasional bersesuaian dengan penggunaan diesel yang agak tinggi di kedua-dua negeri.

‎”Dalam pelaksanaan dasar ini, adalah penting untuk semua pihak termasuk pengguna, pengusaha industri dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan dasar ini berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan,” kongsinya.

‎Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perhatian yang diberikan terhadap keperluan rakyat Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaan dasar berkenaan.

‎Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dalam satu siaran khas, pada Khamis.

Related Posts

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjung Selera dan Inap Desa PNK Kabong bakal jadi pemangkin ekonomi komuniti

KABONG – Projek pembinaan baharu Anjung Selera dan Inap Desa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuhkan sektor pelancongan berasaskan komuniti di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu