Had BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter mulai 1 April

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan had peruntukan bulanan BUDI95 bagi individu kepada 200 liter berkuat kuasa 1 April ini susulan kenaikan harga minyak global akibat konflik Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu tidak akan menjejaskan hampir 90 peratus rakyat Malaysia yang menikmati petrol bersubsidi RON95 yang kekal pada harga RM1.99 seliter.

Beliau turut memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak 800 liter bagi pemandu e-hailing yang layak akan dikekalkan.

“Kami mendapati purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, bermakna majoriti rakyat menggunakan kira-kira 100 liter sebulan, dan hampir 90 peratus populasi menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, justeru tidak akan terjejas,” katanya dalam satu pengumuman khas, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Sabah dan Sarawak akan terus menerima diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter walaupun berlaku peningkatan harga diesel global, dengan mengambil kira faktor geografi dan cabaran logistik di kedua-dua negeri berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan akan memperketat kawalan serta penguatkuasaan bagi membendung ketirisan susulan jurang harga yang semakin melebar, yang boleh meningkatkan risiko penyorokan dan penyeludupan.

Sebagai langkah sementara, kerajaan akan memperkenalkan had pembelian diesel bagi memastikan bekalan mencukupi dan diagihkan secara adil.

Kenderaan ringan bagi kegunaan pengangkutan awam, barangan dan persendirian dihadkan kepada maksimum 50 liter bagi setiap pembelian.

Bagi kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang tidak melebihi tiga tan pula dihadkan kepada 100 liter, manakala kenderaan melebihi tiga tan dihadkan kepada 150 liter setiap pembelian.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah