‎Tun Musa, Toh Puan Faridah serikan sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU – Keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama-sama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin menyerikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M di Istana Seri Kinabalu pada 1 Syawal.

‎Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, barisan Menteri Kabinet, Pembantu Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), konsul kehormat negara asing serta pegawai kanan kerajaan.

‎Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum para tetamu menikmati jamuan Aidilfitri yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional.

‎Suasana bertambah meriah dengan persembahan yang menghiburkan dan menceriakan hadirin.

‎Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar bersama-sama Tun Musa dan isteri sebagai kenangan serta penghargaan kepada para tetamu yang hadir.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah dan isteri itu menjadi tumpuan utama hadirin, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan kepimpinan negeri sempena sambutan Aidilfitri.

‎Terdahulu, kedua-duanya bersama-sama Hajiji dan isteri menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Kota Kinabalu.

‎Solat sunat yang bermula pada pukul 7.40 pagi itu dihadiri ribuan muslimin dan muslimat.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu