Bajet terhad, ramai terpaksa lupakan hasrat pulang beraya

TIADA ungkapan mampu menggambarkan kesedihan dan kerinduan, kecuali linangan air mata tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri.

Itulah situasi sedih dihadapi sebahagian umat Islam yang tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat kekangan tertentu, sehingga memilih pusat beli-belah sebagai tempat meluangkan masa ketika cuti umum Aidilfitri.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati, mereka berkunjung ke situ bagi ‘mengambil udara’ dan menghabiskan masa di luar rumah, supaya tidak bertambah kesunyian.

Peladang, Yusof Yaakob, 60, berkata, Putrajaya menjadi destinasi bagi menyambut 1 Syawal pada tahun ini selepas dua tahun anaknya tidak dapat pulang ke kampung.

“Ibu bapa mana yang tidak sedih anak tidak pulang di hari pertama Aidilfitri, namun saya memahami situasi menantu lelaki terpaksa bekerja di minggu pertama Syawal. 

“Justeru, saya turun ke Putrajaya dua hari sebelum Aidilfitri agar dapat menyambut perayaan ini bersama anak dan menantu saya itu, selain meraikannya dengan seorang lagi anak saya yang menetap di sini,” katanya kepada TMP.

Jelasnya, walaupun teknologi semakin moden yang membolehkan panggilan video dilakukan sebagai ‘pengganti diri’, perasaannya tidak sama seperti bersua muka.

Ditanya perbezaan beraya di bandar, Yusof berpandangan, ia tidak jauh berbeza seperti di kampung, iaitu melaksanakan solat Aidilfitri, menikmati hida­ngan tradisi, selain berkunjung ke rumah saudara mara serta jiran. 

“Namun, apa menyeronokkan adalah lalu lintas di Kuala Lumpur tidak sesak dan memberi peluang kepada saya dan anak-anak, melawat lokasi menarik serta ziarah raya.

“Ini bukanlah perkara baharu bagi saya kerana sudah empat kali juga saya sambut 1 Syawal di bandar sejak dua anak saya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam,” katanya yang menetap di Pendang, Kedah. 

Dalam pada itu, mahasiswa, Aidar Sidi, 27 pula berkata, dia meluangkan masa bersama ibu dan dua beradiknya di pusat beli-belah ketika Aidilfitri pertama kerana ayahnya mempunyai perkara penting untuk diuruskan.

Namun, katanya, dia amat merindui suasana kemeriahan lebaran, selain tradisi di kampungnya di Sekinchan apabila menyaksikan kediaman penduduk biasanya dikunjungi kumpulan ‘baraan’ atau marhaban. 

“Maklumlah keluarga ayah saya besar, iaitu 10 adik-beradik, malah kawan ramai tinggal di sana selain ramai sepupu pulang yang membuatkan kami dapat berkumpul ketika raya. Bukan kuih atau baju raya baharu yang buat raya seronok, sebaliknya apabila bertukar cerita dan bersua muka.

“Kemeriahan dirasa malam sebelum raya. Rumah di kampung terletak berdekatan dengan surau, jadi selain mendengar takbir raya jelas berkumandang, satu lagi membuatkan saya rindukan suasana beraya di kampung ialah menjalankan aktiviti bersama penduduk,” katanya. 

“Oleh itu, saya ambil peluang berjalan-jalan di pusat beli-belah bagi mengisi kekosongan masa,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Noornafisah Sahruddin, 31 berkata, walaupun tidak berpeluang pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini kerana perlu berjimat cermat, dia tetap mahu mengukir senyuman suami dan anaknya dengan meraikan lebaran di pusat beli-belah.

“Tahun ini kewangan sukar buat saya disebabkan jarak permulaan Ramadan dan pembukaan sekolah amat rapat. Justeru, banyak wang sudah digunakan untuk tujuan itu, jadi kami sekeluarga terpaksa berjimat untuk kemudahan kewangan selepas Aidilfitri sementara menunggu gaji.

“Saya tidak mahu seorang anak kecil saya sunyi serta tidak seronok beraya di rumah, justeru saya dan suami bawa ke sini bagi mengubati rindu mereka kepada saudara mara,” katanya.

Ditanya apakah memori paling dirindui ketika meraikan Aidilfitri di kampung, Noornafisah berkata, sudah pasti ia adalah detik ketika dia bergurau senda di pagi raya bersama dua adik-beradiknya.

“Apabila pulang ke Sungai Besar, Selangor memang suasana cukup meriah. Kami berkumpul di rumah ayah dan biasanya akan pulang awal dua atau tiga hari di untuk sama-sama membuat persiapan.

“Saya juga amat merindui ketupat buatan air tangan ayah, namun kerana tahun ini tidak pulang ke kampung, kami suami isteri terpaksa beli di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Related Posts

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

SURAH Al-Mulk adalah antara surah yang boleh melepaskan kita daripada azab kubur kerana kelebihan yang terdapat dalam surah ini. Namun ramai tidak tahu tentang kelebihan-kelebihan ini dan akhirnya mereka tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

ADA sesuatu yang terasa berbeza apabila memasuki bandar raya Kuala Terengganu hari ini. Bagi mereka yang membesar di Terengganu atau pernah berkunjung ke negeri ini sejak tiga dekad lalu, pemandangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu