Agong titah anasir ancam perpaduan dibanteras tanpa tolak ansur

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan sebarang anasir yang boleh menggugat perpaduan rakyat perlu dibanteras tanpa sebarang tolak ansur.

Dalam Perutusan Aidilfitri 2026 yang dimuat naik menerusi Facebook hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah nasihat yang sama pernah disampaikan dalam perutusan tahun lalu, namun dilihat seakan-akan dilupakan atau tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat.

“Ia bukan sekadar tindakan undang-undang atau perbincangan antara pemimpin masyarakat ketika timbulnya guris hati dan amaran, tetapi juga dalam penerapan amalan peradaban seharian dalam kalangan rakyat, ia mesti dipupuk serta sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak melupakan lima prinsip Rukun Negara, khususnya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi asas dalam kehidupan bermasyarakat.

“Di manakah kekurangan kita mendidik rakyat berkenaan perkara asas adab ini hingga ada yang begitu beracun dan kurang ajar sudut pandang serta kelakuannya hingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat?” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut mengimbas beberapa insiden yang pernah mencetuskan sensitiviti masyarakat, termasuk isu stokin bertulis kalimah ‘Allah’, bendera kebangsaan yang dikibarkan secara songsang, penghinaan terhadap al-Quran serta perlakuan tidak beradab di masjid.

Baginda juga menegur tindakan dan kata-kata melulu di media sosial yang boleh mencetuskan kebencian, kemarahan serta perpecahan dalam kalangan rakyat.”Kita tidak boleh menerima kelakuan biadab, sama ada antara komuniti berbeza atau dalam komuniti yang sama,” titah Seri Paduka Baginda.

Menurut Baginda, majoriti rakyat Malaysia sebenarnya mengetahui batas kesopanan dalam kehidupan seharian, justeru suara majoriti itu perlu mengatasi serta menenggelamkan kelompok kecil yang bertindak tanpa adab.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Zarith Sofiah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat supaya mensyukuri keamanan yang dinikmati negara ini ketika banyak negara lain sedang berdepan konflik dan peperangan.

Baginda turut mengingatkan pepatah lama, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah, pengurusan isu sensitif oleh pihak berkuasa perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati serta mengambil kira semua aspek berkaitan agar tidak berlaku kesilapan.

“Tunjukkan bahawa setiap tindakan yang diambil adalah adil, tegas dan tepat supaya keyakinan terhadap pentadbiran negara tidak terhakis.

“Saya berharap nasihat ini tidak dilupakan dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh semua pihak,” titah Seri Paduka Baginda.

Sempena Aidilfitri, Baginda turut menyeru umat Islam agar terus berdoa kepada Allah SWT supaya umat Islam di seluruh dunia, khususnya yang berdepan penindasan dan keganasan, sentiasa dilindungi serta dikurniakan keamanan dan kemenangan.

Sultan Ibrahim juga mengingatkan umat Islam agar tidak melupakan golongan kurang bernasib baik serta terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Semoga ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan menjadikan kita semua sebagai umat yang lebih teguh dan taat kepada Allah SWT,” titah Baginda.

Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong turut mendoakan agar rakyat dan negara terus dilindungi daripada sebarang bencana, selain dikurniakan kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang kukuh.

Baginda berdua juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan sepanjang sambutan Aidilfitri.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA