Sambutan sederhana tetapi meriah, elak pembaziran

Oleh: Helda Julie & Jasmine AE

KUCHING – Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini meriah dengan persiapan yang rata-ratanya mengutamakan kesederhanaan dengan perancangan kewangan teliti.

Bagi pekerja swasta, Juliana Mohammad Syahruddin, 22, persiapan menyambut perayaan tahun ini tetap dilakukan dengan penuh kegembiraan walaupun dalam suasana sederhana.

Menurutnya, antara persiapan awal ialah membeli pakaian baharu serta menghias dan membersihkan rumah.

“Antara kuih-muih yang disediakan semestinya tart nenas, semperit serta batang buruk.

“Walaupun persiapan sederhana, apa yang lebih penting ialah peluang berkumpul bersama keluarga tercinta, saling bermaafan serta mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.

Sementara itu, bagi Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Mohammad Firdaus, 31, persiapan raya berbeza kerana sebahagian besar perbelanjaan tertumpu kepada kelengkapan rumah baharu.

Keputusan untuk tidak pulang beraya ke kampung halaman di Kelantan pada tahun ini membantunya berjimat.

“Tahun ini saya beli sehelai sahaja baju raya berbanding dua helai tahun lepas,” jelasnya.

Mengulas mengenai bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada petugas NADI yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Firdaus berkata, beliau merancang untuk menyimpan wang tersebut kerana sudah mempunyai perancangan bajet tersendiri.

Dalam pada itu, Pengurus NADI, Nur Anisa Jelihi, 35, pula memberitahu, perbelanjaan perayaannya pada tahun ini sedikit meningkat.

“Tahun lepas kami beraya lima orang, tetapi tahun ini enam orang. Jadi perbelanjaan meningkat untuk pakaian dan keperluan lain, tetapi masih terkawal,” katanya.

Tambahnya, sambutan 1 Syawal kali ini juga lebih istimewa kerana mereka merancang untuk pulang beraya di kampung halaman di Niah, berbanding kebiasaannya di Kampung Tudan.

Related Posts

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

BUDAYA tabayyun atau menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat perlu diperkasakan dalam kalangan rakyat bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, terutama ketika media sosial menjadi antara sumber utama masyarakat mendapatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak