Polis tangkap suspek kes rogol pelajar kolej

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang wanita yang dipercayai berlaku di sebuah rumah di daerah di Maran, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, tangkapan dibuat pada 20 Mac oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran susulan laporan diterima.

Menurutnya, kes terbabit mula dikesan selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis, mendakwa anaknya menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa keluar bersama suspek sebelum dibawa ke sebuah rumah di daerah ini,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Kim Wai berkata, mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengumpul keterangan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Maran atau hadir ke balai polis berhampiran.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu