Tidak benar JSPT KL keluar surat jemputan, minta sumbangan Aidilfitri

PUTRAJAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menyakal dakwaan pihaknya telah mengeluarkan surat jemputan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang turut meminta sumbangan daripada orang awam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan penyebaran surat palsu itu melalui aplikasi WhatsApp pada 5.50 petang, pada Khamis.

Menurut beliau, surat itu menggunakan kepala surat rasmi kononnya daripada Cawangan Trafik dan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan ditandatangani oleh individu menggunakan nama “Supt Jamil bin Abdul”.

“Hasil semakan mendapati nama itu tidak wujud dalam mana-mana rekod pegawai di Cawangan Trafik dan Pengangkutan IPK Kuala Lumpur mahupun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak JSPT Kuala Lumpur menegaskan bahawa tiada sebarang surat rasmi dikeluarkan bagi tujuan memohon sumbangan daripada mana-mana pihak,” katanya kepada kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Zamzuri berkata, penyebaran surat itu dipercayai sebagai cubaan penipuan yang bertujuan memperdaya orang awam bagi mendapatkan sumbangan selain berpotensi menjejaskan imej dan kredibiliti PDRM.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang permintaan sumbangan yang meragukan.

“Sebarang pengesahan boleh dibuat terus dengan pihak JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/ 0269 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan kunci utama rakyat Malaysia hadapi cabaran mendatang

PUTRAJAYA – Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang rakyat Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kelemahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang dibina bersama sejak sekian lama. Tokoh Perpaduan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM