Sabah buka laluan baharu China, tarik pelancong sempena VM2026

KOTA KINABALU – Sabah terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama apabila menerima penerbangan terus sulung dari Chongqing, China sekali gus membuka pintu baharu kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penerbangan pertama Chongqing Airlines yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 11.15 malam Khamis mencipta sejarah apabila menjadi laluan terus pertama menghubungkan bandar barat daya China itu dengan Sabah.

Lebih menarik, laluan baharu ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, sekali gus dijangka merancakkan lagi kemasukan pelancong dari pasaran China yang semakin berkembang pesat.

Pesawat membawa seramai 154 penumpang itu disambut meriah dengan penghormatan meriam air selain persembahan kebudayaan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang turut menyampaikan cenderahati kepada penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit berkata, pembukaan laluan Chongqing–Kota Kinabalu menjadi satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh hubungan pelancongan antara Sabah dan China.

Menurut Julinus, dengan kemasukan Chongqing, Sabah kini mempunyai hubungan udara terus dengan lapan bandar utama di China termasuk Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Beijing, Hangzhou dan Fuzhou.

“Ini bukan sahaja memendekkan jarak perjalanan, malah membuka peluang baharu untuk pelancongan, perniagaan dan pertukaran budaya antara kedua-dua destinasi,” katanya.

Sementara itu, wakil China Southern Airlines, Guo Hao menyifatkan Kota Kinabalu sebagai destinasi pilihan pelancong China kerana keindahan pulau serta landskap tropika yang unik.

Pelancaran laluan ini turut dilihat sebagai isyarat peningkatan profil Sabah di peringkat antarabangsa, selain menyokong sasaran negara menarik lebih ramai pelancong menjelang 2026.

Dalam pada itu, STB akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan pemain industri bagi menambah lebih banyak laluan antarabangsa demi memudahkan akses ke Sabah serta meningkatkan pengalaman pelancong.

Langkah agresif ini dijangka memberi impak besar kepada ekonomi negeri khususnya sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama pendapatan Sabah.

  • Related Posts

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

    ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tempoh idah PRU16 belum sampai

    Tempoh idah PRU16 belum sampai

    Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

    Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia