SKAS 2026 diperkasa, lebih ramai rakyat Sarawak nikmati bantuan lebih tinggi

SPAOH – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial apabila meningkatkan peruntukan serta kadar bantuan di bawah Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2026, sekali gus memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penambahbaikan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya dalam aspek keperluan asas harian.

Menurutnya, peruntukan SKAS bagi tahun ini dinaikkan kepada RM640 juta berbanding RM480.2 juta pada tahun pertama pelaksanaannya, yang sebelum ini telah memberi manfaat kepada lebih 888,000 penerima di seluruh Sarawak.

“Bagi tahun 2026, seramai 857,814 penerima layak menerima bantuan ini, termasuk 50,284 penerima di Bahagian Betong,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Betong di Dewan Masyarakat Spaoh, pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan bahawa kadar bantuan telah disemak semula dengan peningkatan bagi semua kategori penerima, iaitu isi rumah daripada RM800 kepada RM950, warga emas daripada RM400 kepada RM500, manakala kategori bujang daripada RM250 kepada RM300.

Tambahnya, bantuan berkenaan akan diagihkan secara berfasa pada bulan Mac, Mei dan November bagi memastikan aliran sokongan kewangan yang lebih konsisten sepanjang tahun.

Dalam usaha mempertingkatkan kecekapan penyaluran, kerajaan negeri menggunakan aplikasi S Pay Global bagi membolehkan penerima menebus bantuan secara tanpa tunai di premis berdaftar, sekali gus menggalakkan amalan transaksi digital yang lebih selamat dan moden.

Bagi penerima kategori pesakit terlantar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, proses penebusan akan diuruskan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian, manakala penerima lain yang menghadapi kesulitan boleh mendapatkan bantuan melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Di Bahagian Betong, sebanyak 86 pasar raya dan peruncit berdaftar terlibat dalam pelaksanaan SKAS, meliputi kawasan Betong, Spaoh, Debak, Saratok, Pusa, Maludam, Kabong dan Roban.

Dalam masa sama, Uggah mengingatkan penerima agar menggunakan bantuan yang disalurkan secara berhemah bagi memenuhi keperluan asas keluarga masing-masing.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA