DBKK hargai peranan media sebagai rakan strategik

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghargai peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Mayor DBKK, Datuk Sri Sabin Samitha berkata, pihak media banyak membantu DBKK dalam melaporkan rungutan dan aduan daripada orang ramai mengenai kerosakan-kerosakan yang berlaku di merata tempat.

“Mungkin ada kalanya kita tidak sempat untuk melawat kawasan tersebut.

“Termasuklah mungkin sampah-sampah yang semakin hari semakin bertambah jumlahnya terutama sekali di musim perayaan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa DBKK bersama Media, di sini pada Selasa.

Sabin juga menyifatkan media sebagai rakan stategik penting dalam usaha DBKK memberi perkhidmatan terbaik.

“Jadi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana menjadi rakan strategik kepada DBKK untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula