Pemandu e-hailing disamun, polis berkas dua lelaki positif dadah

KUCHING – Dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang pemandu e-hailing berjaya ditahan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian tersebut berlaku pada 16 Mac lalu, kira-kira jam 3.08 pagi di kawasan Kampung Gita Baru.

Menurut beliau, mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2,850 akibat kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 51 dan 25 tahun.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, dan hasil semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau menambah, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan menggunakan senjata. Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan pada hari yang sama sekitar jam 12.15 tengah malam, pihak polis turut memberkas seorang pemuda tempatan berusia lingkungan 21 tahun di Jalan Central Timur.

Tangkapan tersebut dibuat susulan penglibatan suspek dalam kes curi di dalam sebuah rumah yang sedang diubah suai.

“Suspek yang juga didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing, kini direman selama tiga hari sehingga 19 Mac ini untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda,” jelasnya, sambil menambah bahawa hukuman sebat boleh dikenakan bagi kesalahan berulang.

Tegas Alexson, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak terlibat dalam apa-apa kegiatan jenayah. Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos