Cerun runtuh kian besar, laluan Merotai-Kalabakan berisiko

TAWAU – Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Sabah digesa mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, khususnya di Jalan Merotai-Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ini termasuk kerja-kerja pembaikan segera serta langkah pencegahan bagi mengelakkan kerosakan menjadi lebih buruk khususnya cerun runtuh di Kilometer 55.4 dan 55.1.

“Saya sendiri baru melalui jalan cerun tersebut dan keadaannya memang sangat teruk, sudah melebihi setengah jalan.

“Sekiranya tidak diambil tindakan segera atau langkah pencegahan dilaksanakan, kerosakan itu dibimbangi akan menjadi semakin serius serta menjejaskan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya, ” katanya kepada media.

Menurut Suryady, keadaan jalan tersebut sememangnya membimbangkan, lebih-lebih lagi dengan jangkaan peningkatan jumlah kenderaan menjelang musim perayaan.

“Kejadian tanah menggelongsor di kawasan tersebut memang teruk dan perlu diberi perhatian.

“Ketika melalui laluan itu, didapati bahu jalan telah dijadikan laluan sementara, manakala cerun yang runtuh turut dipasang penampan air bagi mengurangkan hakisan dan mengelakkan kerosakan menjadi lebih serius,” ujarnya.

Related Posts

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

KUCHING – Sarawak terus komited memperkukuh pembangunan industri perkhidmatannya sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pelbagai pelaburan strategik. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan berskala…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

KUCHING – Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sdn Bhd bakal mempamerkan inovasi litar bersepadu (IC) ciptaan pelajar tempatan sempena majlis pelancaran Pusat Sains Sarawak pada 29 Julai lalu. Antara inovasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

SMD pamer inovasi reka bentuk litar bersepadu belia Sarawak

Pengundi DUN Chennah puas hati tiada isu utama, namun mahu banjir kilat diatasi segera

Pengundi DUN Chennah puas hati tiada isu utama, namun mahu banjir kilat diatasi segera

113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

113 Rohingya diperiksa, semua miliki dokumen sah UNHCR

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan di IPD Port Dickson berjalan lancar

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan di IPD Port Dickson berjalan lancar

Enam beradik, rakan didakwa edar dadah

Enam beradik, rakan didakwa edar dadah