Bekalan elektrik 9 premis judi dalam talian dipotong

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri mengambil tindakan tegas dengan memotong bekalan elektrik ke atas sembilan premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian dalam talian tanpa lesen sah dalam operasi bersepadu pada 16 dan 17 Mac lalu.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) Cawangan Miri.

Menurut kenyataan, tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dibuat di bawah Seksyen 21A(1), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sebagai usaha membanteras penyalahgunaan premis komersial bagi kegiatan perjudian haram.

Operasi berkenaan mencerminkan kerjasama strategik antara pihak polis dan agensi utiliti dalam memperkukuh penguatkuasaan terhadap aktiviti perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.

PDRM menegaskan bahawa kegiatan perjudian dalam talian memberi impak negatif kepada masyarakat termasuk peningkatan gejala sosial dan jenayah, justeru tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terpelihara.

  • Related Posts

    Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

    TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

    KOTA KINABALU – Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

    • By Ezmie
    • September 18, 2026
    Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

    Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

    Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

    Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

    Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

    Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

    Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

    Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

    Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

    Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

    Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii