Maxim santuni institusi tahfiz dan rumah kebajikan

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim E-hailing Malaysia memperluaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena bulan Ramadan di seluruh Sarawak.

Sumbangan yang merangkumi pengagihan barangan makanan keperluan asas, sokongan pengangkutan serta pemberian duit raya itu disalurkan kepada institusi tahfiz dan rumah kebajikan di kawasan Bintulu, Kuching serta Miri.

Program murni tersebut bermula di Kuching apabila pasukan Maxim menjalankan aktiviti di Rumah Kebajikan Baiturrahmah yang bertujuan mewujudkan persekitaran lebih selamat serta selesa buat penghuninya.

Antara kerja penambahbaikan yang dilakukan ialah mengecat sebahagian bangunan, membaiki paip bocor, pintu dan suis elektrik yang rosak, selain membersihkan kawasan persekitaran rumah kebajikan terbabit.

Penjaga Rumah Kebajikan Baiturrahmah, Abdul Rahman menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan pihak Maxim dan berharap penganjuran aktiviti bersama seperti itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, pada minggu kedua Ramadan, inisiatif diteruskan di Bintulu apabila pasukan Maxim bersama tujuh orang pemandu berkonvoi ke Institut Tahfiz Bintulu.

Selain menyumbangkan barangan makanan seperti beras, minyak masak dan susu pekat, syarikat tersebut turut menyerahkan replika cek bantuan pengangkutan bernilai RM300 kepada wakil institut berkenaan.

Mudir Institut Tahfiz Bintulu, Ustaz Husin Zaenal Aridin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang disifatkannya amat bermakna buat institusi mereka.

Kempen tersebut melabuhkan tirainya di Maahad Tahfiz An Naim di Lutong. Pihak syarikat turut menceriakan 20 pelajar di maahad terbabit dengan sumbangan duit raya, di samping menyerahkan sumbangan makanan dan bantuan mobiliti logistik.

Mudirnya, Ustaz Mohd Zulkifli Mohd Adnan menzahirkan ucapan terima kasih dan berharap kerjasama seumpama itu dapat memberi manfaat serta diteruskan pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif ini memperkukuh usaha tanggungjawab sosial Maxim Malaysia dalam menyokong komuniti setempat, lantas memupuk semangat kebersamaan dan kemurahan hati sepanjang bulan mulia ini.

Related Posts

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menegaskan keunikan kepelbagaian budaya dan agama terus menjadi tunjang utama kepada kekuatan perpaduan rakyat di Sarawak. Ahli Parlimen Mukah itu berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

GERIK – Empat lelaki warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Belum tanpa kebenaran pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

SFA bincang isu operasi, cadang penambahbaikan Pelabuhan Sandakan

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Sabah catat sejarah ITP, Laran berjaya dituai secara komersial

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0

Cunha, Vini Jr bantu Brazil tewaskan Haiti 3 – 0