Kerajaan teliti semula mekanisme SKDS tangani penyeludupan diesel di Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memperkukuh langkah membanteras kegiatan penyeludupan diesel khususnya di Sabah dan Sarawak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penilaian itu bertujuan menentukan sama ada mekanisme sedia ada perlu diteruskan atau digantikan dengan pendekatan lain yang lebih berkesan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri diberi sedikit maklum balas mengenai mesyuarat yang diadakan oleh jawatankuasa penguatkuasaan, terutama dalam usaha menangani masalah penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak.

“Antara yang diberi penegasan adalah mekanisme Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang mungkin perlu diteliti dengan lebih rapi, sama ada diteruskan dengan mekanisme sedia ada atau dirangka satu mekanisme yang berbeza,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kerajaan turut memperkemas penyelarasan antara agensi penguatkuasaan bagi meningkatkan keberkesanan operasi di lapangan.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menumpukan penguatkuasaan di kawasan darat, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertanggungjawab di kawasan perairan dan sungai.

“KPDN akan menguruskan penguatkuasaan di bahagian darat, manakala APMM (Maritim Malaysia) yang akan menguruskan di kawasan perairan dan juga di kawasan sungai, sekarang ada sedikit perbincangan dan juga kawasan sempadan akan diuruskan oleh AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan semua kementerian meningkatkan sesi libat urus dengan industri berkaitan susulan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

Beliau berkata langkah itu penting bagi menilai kesan situasi semasa terhadap sektor tertentu serta merangka langkah susulan sekiranya bantuan kerajaan diperlukan.

“Ia seperti dilakukan Menteri Pengangkutan yang mengadakan perbincangan dengan sektor penerbangan yang mana kesan daripada apa yang sedang berlaku di Asia Barat memberi impak terhadap sektor terbabit.

“Apa yang akan dibuat selepas ini adalah mengumpulkan semua dapatan dan hasil daripada keseluruhan dapatan itu, secara keseluruhan (akan) memberi satu hala tuju untuk usaha dan inisiatif serta bantuan daripada kerajaan untuk sektor-sektor tertentu sekiranya itu dilihat perlu,” katanya.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan