MITI teruskan libat urus dengan AS mengenai kadar tarif

PUTRAJAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka meneruskan beberapa rundingan dengan pihak Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu kadar tarif.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri menerusi satu taklimat ringkas oleh Johari dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jemaah Menteri diberi sedikit taklimat ringkas oleh Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan difahamkan bahawa beliau akan meneruskan beberapa perbincangan dengan pihak Washington DC.

“Jadi pada waktu ini belum ada maklumat tambahan,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet turut menyentuh keputusan berkaitan pembatalan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan sebahagian besar tarif global yang diperkenalkan Presiden Donald Trump.

Johari sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak AS mengenai pembatalan ART.

Beliau menjelaskan bahawa pihak AS dijangka menjalankan semakan dalam tempoh lima bulan bagi menentukan kadar tarif baharu yang akan dikenakan.

Pada Februari lalu, media antarabangsa melaporkan Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa tindakan Presiden Donald Trump menggunakan kuasa darurat untuk mengenakan tarif yang digelar sebagai tarif ‘timbal balas’ terhadap hampir semua rakan dagang negara itu adalah tidak berperlembagaan.

Keputusan berkenaan dilihat sebagai tamparan kepada Trump yang sebelum ini menggunakan undang-undang darurat era 1970-an untuk mengenakan tarif lebih tinggi tanpa kelulusan Kongres, walaupun kuasa percukaian terletak di bawah bidang kuasa badan perundangan.

Mahkamah tertinggi negara itu turut mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah bahawa Trump telah melampaui kuasa presidennya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global secara meluas, termasuk duti berkaitan fentanyl terhadap barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup