TVET buka peluang kerja sektor logistik kepada bakal pesara ATM

PUTRAJAYA – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkasakan kerajaan membuka peluang kepada bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyertai sektor logistik dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 sebulan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa usaha memperkukuh program TVET khusus kepada bakal pesara ATM sedang dilaksanakan bagi membolehkan mereka menyertai sektor berkenaan.

“Kementerian Pengangkutan memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan pengukuhan program TVET bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia.

“Seramai 100 orang individu akan diserap ke sektor logistik dengan gaji sehingga RM5,000.

“Jadi ini antara yang sedang diusahakan (kerajaan),” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti hasil Mesyuarat Majlis TVET Ke-10 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mac lalu.

Menurutnya, antara perkara yang dibangkitkan ialah peningkatan ketara jumlah penyertaan dalam program TVET di seluruh negara.

“Yang mana beberapa perkara dibangkitkan. Pertama, jumlah peserta bagi program-program TVET di seluruh negara meningkat 500 peratus berbanding sebelum ini dan ini satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Manakala sambutan Hari TVET Negara bagi 2026 akan diadakan pada 5 hingga 7 Jun ini bertempat di Dataran Putrajaya,” katanya.

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos