Dadah bernilai RM783,552 dirampas di Lapangan Terbang Miri

MIRI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine seberat 24,486 gram dengan nilai anggaran RM783,552 dalam satu operasi di Lapangan Terbang Miri, pada 27 Februari 2026.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, sepasukan pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Miri telah menahan seorang individu yang tiba dari Kuala Lumpur International Airport di Miri Airport.

Menurutnya, penahanan dibuat selepas pihak kastam menerima maklumat bahawa individu berkenaan dipercayai membawa sebuah bagasi yang disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas bagasi tersebut menemukan 21 bungkusan kuning teh Cina dan tiga bungkusan biru produk buah manggis yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 24,486 gram dengan nilai sitaan kira-kira RM783,552,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau berkata, semua barang kes telah disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian III, Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah cuba menyeludup bahan narkotik tersebut melalui perkhidmatan penerbangan domestik dari Semenanjung Malaysia ke Miri, Sarawak.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi kegiatan penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan barangan lain.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara malah boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menyalurkannya melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau menghubungi mana-mana pejabat kastam berhampiran. Identiti pemberi maklumat adalah dijamin dirahsiakan,” ujarnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup