KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad.

Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh Khairy kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadi telah menerima permohonan itu dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya.

Katanya, fokus utama dalam perjuangan parti adalah mencari jalan penyatuan dan bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan ahli-ahli.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.

Selepas dipecat daripada UMNO pada 2023, Khairy secara terbuka mengumumkan mahu kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa.

Ini selepas UMNO membuka pintu kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu serta mengalu-alukan mana-mana individu yang mahu bersama perjuangan parti berkenaan.

Sebelum ini, Khairy menerusi petikan podcast ‘Keluar Sekejap’ telah menyatakan hasrat itu dan telah mengarahkan Setiausaha Akhbar, Raja Syahrir Raja Abu Bakar, membuat draf surat permohonan.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang membuka pintu kepada bekas ahli untuk kembali tanpa syarat dilihat sebagai satu perkembangan positif.

Pada Januari 2023, UMNO dilaporkan memecat Khairy, selain menggantung keahlian bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Turut digantung keahlian ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, lima ahli UMNO Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Putrajaya, dua ahli UMNO Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang turut dipecat.

Antara kesalahan mereka ialah didakwa menjadi calon Bebas dan selain BN, serta terbabit membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15.

Related Posts

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

PUTRAJAYA – Perebutan logo Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu mencerminkan kegagalan pembangkang dalam membina satu struktur gabungan yang benar-benar stabil, tersusun dan dihormati oleh semua parti komponennya. Penganalisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF