Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan.

Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook berkata, penampilan Samsuri ketika berdepan media dilihat tidak benar-benar menguasai keadaan.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat menerusi bahasa tubuh Ahmad Samsuri yang kelihatan kurang selesa serta kerap menoleh kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika menjawab soalan wartawan.

“Beliau dilihat tergagap-gagap membaca skrip yang telah disediakan dan tidak mampu menjawab soalan wartawan dengan baik serta tenang.

“Daripada bahasa tubuh di sidang media, jelas beliau bukan dominan atau benar-benar ‘in command’. Dia bukan Alpha,” katanya.

Ahmad Mursi berkata, situasi itu juga menimbulkan persoalan sama ada Ahmad Samsuri mempunyai pengaruh yang cukup kuat untuk memimpin gabungan pembangkang berkenaan.

Katanya, Ahmad Samsuri lebih dilihat sebagai pemimpin yang berada pada kedudukan jawatan semata-mata berbanding tokoh yang memiliki pengaruh besar dalam kalangan pemimpin PN.

“Samsuri mungkin seorang ‘positional leader’, tetapi bukan ‘influential leader’. Ramai tokoh berpengaruh dalam PN yang berpotensi menenggelamkan beliau,” katanya.

Beliau turut menyifatkan ketidakhadiran beberapa pemimpin daripada Bersatu dalam sidang media itu sebagai mesej kepada umum bahawa senarai Majlis Tertinggi (MT) PN yang diumumkan mungkin tidak mencapai konsensus sepenuhnya.

Katanya, keadaan itu memberi gambaran kemungkinan wujud perbezaan pandangan dalam gabungan berkenaan yang turut dianggotai Pas.

“Sebelum ini, pemimpin Bersatu menguasai banyak jawatan dalam MT, tetapi kini Pas mengambil sebahagian besar jawatan tersebut.

“Pada masa sama, ramai pemegang jawatan asal daripada Bersatu kini telah digantung keahlian,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketiadaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam senarai Timbalan Pengerusi PN berpotensi menyebabkan sebahagian keputusan penting gabungan itu dibuat di luar struktur rasmi.

Ahmad Mursi juga turut mendakwa Ahmad Samsuri sering dikaitkan rapat dengan kepimpinan Abdul Hadi dalam Pas.

“Apatah lagi Samsuri memang dikenali sebagai ‘Budak Presiden’,” katanya.

Ujarnya, perkembangan itu dijangka terus menjadi perhatian terutama apabila Ahmad Samsuri perlu berdepan isu lebih besar termasuk perkara berkaitan negara dan pilihan raya pada masa hadapan.

Terdahulu, Sabtu lalu, Ahmad Samsuri membuat kemunculan pertama sebagai Pengerusi PN pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini pada Sabtu.

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau; serta Presiden MIPP, P Punithan.

Related Posts

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api