Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan pendekatan strategik Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat, termasuk penyaluran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjelang sambutan Aidilfitri yang mampu meringankan beban rakyat membuat persiapan perayaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Selain itu, katanya, inisiatif bantuan khas RM400 menerusi program FlySiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena cuti Hari Raya turut memberi manfaat besar kepada golongan mahasiswa.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600 kepada pelajar anak Sabah yang menuntut di Semenanjung dan Sarawak bagi subsidi tiket penerbangan pulang ke kampung halaman.

“Bagi pelajar yang menuntut di dalam negeri pula, mereka akan menerima bantuan RM300 seorang untuk perbelanjaan pulang menyambut Aidilfitri,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Ahad.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membantu rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Pada masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan dan dukungan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha memperkukuh pembangunan negara serta memacu kemajuan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kepimpinan PMX juga berjaya memulihkan serta memperkukuh ekonomi negara dengan pencapaian pelaburan yang memberangsangkan.

Menurutnya lagi, Malaysia mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah tahun lalu berjumlah RM426.7 bilion, meningkat 11 peratus berbanding 2024, melibatkan lebih 8,000 projek pelaburan dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Pengukuhan nilai ringgit pada masa sama turut mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI,” ujarnya.

Related Posts

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar