Manchester City sekadar seri dengan West Ham

MANCHESTER City tercicir mata berharga dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas sekadar seri 1-1 dengan West Ham United di Stadium London, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan City kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, yang sebelum itu menewaskan Everton 2-0.

Bagaimanapun, skuad kendalian Pep Guardiola masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

City terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-31 menerusi jaringan Bernardo Silva yang melakukan lambungan melepasi penjaga gol West Ham, Mads Hermansen.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan empat minit apabila pertahanan Konstantinos Mavropanos menanduk masuk sepakan sudut yang diambil Jarrod Bowen untuk menyamakan kedudukan.

Bersambung babak kedua, City menggandakan asakan dalam usaha mencari gol kemenangan, namun beberapa peluang gagal dimanfaatkan.

Penyerang sensasi mereka, Erling Haaland hampir meletakkan pelawat kembali di depan tetapi percubaannya diselamatkan Hermansen sebelum satu lagi percubaannya tersasar.

Keputusan seri itu menyaksikan City kekal di tangga kedua liga dengan 61 mata daripada 30 perlawanan.

Sementara itu, West Ham mengutip satu mata penting dalam usaha mengelak penyingkiran apabila naik ke tangga ke-17 dengan 29 mata, satu mata di depan Nottingham Forest yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat