Chelsea kalah tipis di tangan Newcastle

NEWCASTLE United menambah derita Chelsea apabila menewaskan tuan rumah 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Jaringan balas pantas Anthony Gordon pada babak pertama sudah memadai untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Newcastle.

Chelsea yang masih terkesan dengan kekalahan besar 2-5 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini sekali lagi mempamerkan kelemahan di benteng pertahanan.

Pada minit ke-18, Joe Willock mudah melepasi perangkap ofsaid sebelum melorongkan bola kepada Gordon yang tenang menyudahkannya untuk meletakkan Newcastle di hadapan.

Penyokong tuan rumah jelas kecewa dengan persembahan pasukan mereka apabila kedengaran sorakan boo sebaik wisel tamat babak pertama ditiup.

Chelsea meningkatkan tekanan pada separuh masa kedua, namun kebanyakan peluang mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan Newcastle yang tampil lebih tersusun.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-93 apabila sepakan percuma kapten, Reece James sekadar menggegar tiang gol.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea kekal di tangga kelima liga, dengan pencabar utama bagi tempat ke Liga Juara-Juara musim depan iaitu Manchester United, Aston Villa dan Liverpool dijadual beraksi malam ini.

Sementara itu, Newcastle yang kali terakhir menang di Stamford Bridge pada 2012 melonjak tiga anak tangga ke kedudukan kesembilan.

Related Posts

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

SKUAD Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Turun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

KEGAGALAN Indonesia mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 bukan sahaja mengundang kekecewaan, malah menjadikan jurulatih John Herdman sasaran kritikan penyokong. Lebih pedas, seorang penyokong menyindir pengendali kelahiran Kanada itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari